Monday, August 2, 2010

TEKNIK HAFAZAN BERKESAN

BEBERAPA PANDUAN UNTUK PENGHAFAZ ALQURAN

BEBERAPA FAEDAH MENGHAFAZ ALQURAN.

Ulama’-ulama’ menyebutkan beberapa faedah menghafaz Alquran, antaranya:
1- Mendapat kejayaan hidup, hidup bahagia dunia dan akhirat jika disertakan amal soleh.
2- Memantapkan ingatan dan minda
3- Mempunyai dan senang mendapat ilmu pengetahuan yang luas kerana ingatan yang kuat.
4- Jiwanya sentiasa tenang dan berakhlak mulia.
5- Petah bercakap dan dapat bertutur dengan lancar.
6- Penghafaz Alquran yang beramal soleh, jika meninggal, mayatnya tidak reput dan tidak dimakan ulat.

FAKTOR UTAMA KEJAYAAN MENGHAFAZ ALQURAN.

Persediaan peribadi:
1- Umur dan 5 tahun hingga 25 tahun
2- Asuh diri supaya berakhlak mulia.
3- Niat yang betul dan ikhlas kerana Allah.
4- Minat yang tinggi dan keinginan yang membara.
5- Memberi persediaan, perhatian dan tumpuan semasa pembelajaran.
6- Dorongan hati dan memiliki kemanisan suara dan tidak tahu erti jemu.
7- Guru yang tekun membimbing.
8- Masa menghafaz yang sesuai
9- Tempat menghafaz ialah : Masjid, surau, kelas dan tempat yang tenang.

MUSHAF

1- Mushaf yang dicadangkan ialah 15 baris bagi tiap-tiap halaman.
2- Awal ayat dan akhir ayat penutup bagi setiap muka surat.
3- Mushaf resam Othmani.

MENENTUKAN KADAR HAFAZAN SETIAP HARI MENGIKUT PROGRAM.

1- Ditentukan berapa baris
2- Berapa ayat yang mesti.
3- Berapa halaman dan juz untuk ulangan.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MENGHAFAZ.

1- Melancarkan ayat-ayat dan surah-surah yang akan dihafaz.
2- Pastikan tiada kesalahan pada baris, waqaf makhraj dan tajwid.
3- Cuba baca halaman yang dihafaz dalam masa 3 minit tanpa satu pun kesalahan.
4- Sentiasa meniru bacaan dari imam-imam yang tersohor seperti imam makki dan lain-lain.
5- Setelah bacaan lancar, barulah mula menghafaz.


6- Cuba hafaz satu-satu ayat, diubah dan diulang balik ayat yang telah dihafaz.
7- Memperdengarkan bacaan kepada orang lain sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali agar tidak berlaku kesalahan sebelum memperdengarkan bacaan kepada guru.
8- Mengunakan mashaf yang satu dan tidak digalakan memiliki banyak mashaf
9- Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz.

PEMANTAPAN HAFAZAN

1- Mengulang setiap hari sekurang-kurangnya 2 juzuk dalam tempoh menghafaz, satu juz adalah juz lama dan satu juz lagi adalah juz yang baru.
2- Ujian bulanan dan peperiksaan semester.
3- Pemantapan (Pakar) selepas tamat.
4- Penilaian prestasi pelajar dinilaikan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

PELAJARAN BARU

1- Pelajaran beri bermaksud ayat-ayat yang baru dihafaz dan telah ditetapkan kadarnya.
2- Pelajaran baru hendaklah disemak dengan guru sebelum dihafaz.
3- Selepas menghafaz pelajar mestilah memperdengarkan bacaanya kepada kawan sekelas yang lebih mahir sebelum membacanya dihadapan guru.
4- Setiap bacaan yang salah akan ditanda oleh guru dan ketika semakan hendaklah pelajar memberi perhatian dan mengamatinya.
5- Sekiranya bacaan pelajar tidak lancar ataupun terdapat kesalahan, guru mestilah meminta pelajar itu memperbaiki bacaan dan memperdengarkan bacaanya semula
6- Waktu semakan bacaan baru ialah selepas solat Subuh hingga 7.30 pagi.

JUZUK BARU.

1- Juzuk baru bermaksud setiap 20 halaman atau 1 juzuk yang telah dihafaz sebelum menghafaz pelajaran baru.
2- Pelajar dikehendaki memantapkan juzuk baru ini setiap hari.
3- Semakan juzuk baru dikendalikan:
a) Bersama guru sepenuhnya
b) Sebahagianya bersama guru dan bakinya bersama pelajar yang mahir.
c) Bersama pelajar yang mahir sepenuhnya.
4- Guru mesti menyemak juzuk baru sepenuhnya dan memastikan tidak ada kesalahan dan lupa sebelum membenarkan pelajamya berpindah kepada juzuk yang berikutnya.
5- Waktu semakan juzuk baru adalah pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.








JUZUK LAMA.

1- Juzuk lama adalah juzuk-juzuk yang telah lama dihafaz oleh pelajar, ia seharusnya mantap dalam ingatan setiap pelajar.
2- Pelajar hendaklah mengulagi juzuk lama sekurang-kurangnya satu juzuk sehari
3- Ulangan dilakukan mengikut tertib Alquran, jika hafazan pelajar kurang dari 15 juzuk, sekiranya lebih, pelajar mesti mengatur jadual ulangan.
4- Semakan juzuk lama ini boleh disemak bersama guru atau kawan secara bergilir-gilir.
5- Pelajar hanya boleh menyemak hafazan dengan kawan yang lebih tinggi hafalan daripadanya sahaja.
6- Waktu ulangan dan semakan adalah jam 3.00 petang hingga Asar. Walaubagaimanapun pelajar digalakan mengunakan masa yang lain sekiranya waktu ulangan yang ditetapkan tidak mencukupi.

No comments: