Saturday, July 30, 2011

RAYUAN SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR 2011

 
MADRASAH TAHFIZ ALQURAN TANAH MERAH
Jalan Ismail Petra, 17500 Tanah Merah, Kelantan
(No. Daftar MAIK : 23/98 MTQ )
Blog:  madrasahtahfiztm.blogspot.com
Tel: 09-9551325 H/p: 019-9556158

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Kepada semua pencinta  Islam.
Tuanpuan, muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah

  
  اهلا وسهلا  يا مرحبا  شهر  المبارك   سآ تينا


Ramadan Menjelang lagi.. 
 Salawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan Ahli Keluarga Baginda , Sahabat2 Baginda, dan para2 tabiin …
 
Beberapa hari lagi  seluruh  umat Islam sedunia akan menyambut Ramadhan  Almubarak .Bulan  yang penuh keberkatan ,bulan  keampunan , bulan rahmat ,bulan amal ibadat .Pendek kata segala kemuliaan ,keagungan   ada didalam bulan ini yang  tak terhingga  banyaknya . Bagi  hamba  yang soleh dan beriman  mereka menunggu ketibaanya dengan senyuman dan  tangisan kerana  terlalu gembira dengan  kedatangan  Ramadan .
    Pada   kesempatan ini saya selaku pengemudi Pusat Pengajian Tahfiz (Madrasah Tahfiz Alquran Tanah Merah) . Ingin  mengucapkan " Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak  " kepada semua muslimin-muslimat .Semoga  Allah memberi kekuatan  taufik dan hidayah kepada kita semua dan memberi kesihatan  yang baik   agar  kita dapat berbuat amal soleh sempena ramadan  yang akan  tiba .
       Sesungguhnya peluang ramadan sebulan yang dihidangkan  nanti   ,adalah masa yang sangat berharga yang tidak ada tolak bandingya  dengan bulan-bulan  yang lain . Inilah  kesempatan  yang sangat baik untuk kita bermuhasabah ,beribadat dengan tekun ,membaca Al Quran  sebanyak-banyaknya , berilah  kesempatan  dan  luangkan masa untuk diri kita sendiri , Setelah sebelas bulan dihabiskan  untuk kepentingan kerjaya kita dalam semua lampangan .Kita telah mengerah tenaga ,wang ringgit dan masa  yang begitu banyak  bagi mencapai impian kita ,untuk  kewajipan rumahtangga  kita dan untuk semuanya .Sekarang tibalah masa  kita kurbankan harta benda ,wang ringgit dan juga masa bagi takarub  kepada Allah tuan empunya diri kita  ,tuan seluruh alam . Dalam  sebulan  yang diperuntukan ini .Maka jangan kita  lupa kepada mereka yang  memerlukan ,mereka yang yang telah berjuang  untuk jalan Allah ,Seperti orang miskin ,anak yatim ,ibu tunggal .Juga  kepada Institusi Pengajian  Islam/Tahfiz Persendirian yang berkorban dengan jiwa yang ikhlas  memberi pelajaran islam ,menanam aqidah yang suci untuk anak bangsa , agama dan negara   .

    Dalam  kesempatan ini saya mengambil  peluang dan memberi ruang kepada muslimin muslimin untuk beramal jariah kepada Madrasah Tahfiz Alquran kami .yang memerlukan  sumbangan berbuka ,moreh dan bersahur  kepada  pelajar dan  guru -guru saya lebih kurang  50orang  yang mengajar dan belajar  membaca dan menghafaz Al quran  ,zikrullah sepanjang ramadan .


  Kepada sesiapa yang ingin beramal jariah boleh masukan terus kedalam Akaun  

Bank Islam Caw. Tanah Merah atas nama:
 MADRASAH TAHFIZ ALQURAN TANAH MERAH      no.ac:   03054010027723

Sila email @ SMS atau kedua2 sekali : Nama/ Alamat/ Jumlah dan No Hp sebagai respon penerimaan kami ke:

Email: tahfiztm@ymail.com  atau ke email Mudir MTQ: zuedymium@gmail.com
Atau SMS ke No H/P : 0199556158 ( Mudir)

 

 Atas sumbangan dan sokongan  tuan/puan  saya merasakan suatu amanah yang wajib dipikul dengan sebaiknya moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada  kita semua ...  sekian terima kasih 



PENGETUA / MUDIR MTQTM

--------------------------------------------
( USTAZ ZULKEPLI BIN ISMAIL)
NO KPT : 650508035429
h/p: 0199556158

No comments: